fbpx
MENDEZ (kanan) berpeluang dipanggil untuk sertai skuad Harimau Malaya tetapi mengalami kecederaan baru-baru ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Mendez cedera, Bergson akan dipanggil selepas ini – Cklamovski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih skuad Harimau Malaya, Peter Cklamovski mengesahkan penjaring terbanyak Liga Super, Bergson da Silva dan pemain Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco boleh menyarung jersi Harimau Malaya pada aksi antarabangsa akan datang.

Cklamovski berkata, bkedua-dua pemain itu tidak dapat bersama pasukan negara ekoran proses dokumentasi yang masih belum selesai sepenuhnya bagi aksi menentang Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 pada 31 Mac ini.

“Secara dasarnya, mengenai Bergson dan Gallifuoco, saya dimaklumkan bahawa pendaftaran tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang membolehkan mereka dipanggil bagi perlawanan ini.

“Jadi, ini situasi yang mudah untuk saya, iaitu mereka tidak boleh dipanggil bagi kem ini. Saya sudah bercakap dengan mereka dan mereka sememangnya bersemangat untuk mewakili Malaysia.

“Mereka mahu melakukan sesuatu yang istimewa untuk negara yang sudah memberikan banyak perkara kepada mereka. Saya rasa itu sesuatu yang positif.

“Tetapi mereka boleh dipanggil pada kem antarabangsa seterusnya,” katanya.

Mengulas lanjut, pengendali dari Australia itu turut menyatakan kecederaan yang dihadapi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nacho Mendez menyebabkan harapan untuk memanggilnya pada aksi kali ini tidak kesampaian.

“Untuk Mendez, saya rasa semua orang melihat dia mengalami kecederaan pada aksi terakhirnya beberapa hari lalu.

“Jadi, dia terpaksa diketepikan kerana kecederaan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN