fbpx
Statistik jualan kereta di negara-negara Asia Tenggara pada tahun lalu. Foto FACEBOOK ASIA RECORDS

Malaysia juara beli kereta, kalahkan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Malaysia mencatatkan jualan kereta sebanyak 820,752 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus mengatasi Indonesia yang merekodkan jualan kereta sebanyak 803,687 unit.

Angka berkenaan dikongsikan menerusi Facebook ASIA Records berhubung statistik jualan kereta sepanjang tahun lalu di Asia Tenggara.

Ia diikuti Thailand (604,755 unit), Vietnam (604,134 unit), Filipina (491,396 unit), Singapura (62,671 unit) dan Kemboja (48,500 unit).
Seterusnya, Laos (22,320 unit), Brunei (14,821 unit), Myanmar (3,150 unit) dan Timor-Leste (1,342 unit).

Sementara itu, ASIA Records pada hantarannya menyifatkan, angka berkenaan satu perubahan yang sedang berlaku dalam pasaran automotif Asia Tenggara kerana selama bertahun-tahun, Indonesia mendahului rantau ini.

“Namun pada tahun 2025, Malaysia mengambil tempat teratas dalam jualan kereta tahunan, mengatasi Indonesia. Jurangnya kecil, tetapi impaknya besar.
Ini bukan sekadar tentang angka.

“Ia mencerminkan perubahan permintaan, dinamik pasaran, dan momentum ekonomi di seluruh rantau ini. Jadi persoalannya, adakah Indonesia akan merampas kembali kedudukan teratas tahun hadapan?,” menurut ASIA Records.

Hantaran itu juga mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial terutama dari Indonesia dan Malaysia.

“280 juta orang Indonesia dibandingkan dengan 36 juta rakyat Malaysia. Malaysia menang,” komen pengguna Facebook Harry View.

“Satu rumah terutama di Kuala Lumpur ada lima kereta adalah normal. Mereka juga memiliki rumah. Bagi warga asing, mereka akan rasa pelik hahaha,” kata Samsor Junet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN