fbpx
Anggota bomba membawa keluar mangsa dari sebatang sungai di Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu, Ipoh hari ini. - Foto JBPM

Lelaki Bangladesh lemas dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang warga Bangladesh berusia 29 tahun ditemui maut di dalam sungai di Laluan Kledang Timur 4, Taman Bandar Baru Menglembu di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 8.35 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa berkenaan telah ditemui lemas di dalam sungai oleh orang awam sebelum pihaknya dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh tiba di lokasi kejadian.

“Setibanya jentera di tempat kejadian, ketua operasi dimaklumkan oleh pihak polis bahawa mangsa dipercayai menaiki basikal lalu terjatuh ke dalam sungai.

“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota turun ke sungai untuk mengambil mayat mangsa menggunakan strecther dan tali dan dibawa naik ke atas tebing,” katanya di sini hari ini

Sabarodzi berkata, mayat mangsa kemudiannya diperiksa oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang hadir.

“Setelah siasatan polis dijalankan, anggota membantu mengangkat mayat mangsa dan menyerahkannya pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI