fbpx
Gambar hiasan.

Influencer Thai pesan isi minyak penuh jika masuk Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang influencer dari Thailand yang dikenali sebagai ‘Kaki Jalan’ menasihatkan rakyat Malaysia agar mengisi petrol penuh sebelum memasuki tiga wilayah selatan negara itu iaitu Narathiwat, Pattani dan Yala.

Menurutnya, harga petrol di Thailand ketika ini agak tinggi selain terdapat kebimbangan bekalan bahan api tidak mencukupi di kawasan tertentu, sekali gus boleh menyebabkan pelancong berdepan risiko terkandas.

“Ramai yang bertanya keadaan di Thailand sekarang. Saya sarankan rakyat Malaysia yang mahu masuk ke Narathiwat, Pattani dan Yala supaya isi minyak penuh satu tangki sebelum perjalanan,” katanya dalam perkongsian di media sosial.

Beliau menjelaskan, kenaikan harga petrol itu turut dipengaruhi faktor global termasuk ketegangan geopolitik melibatkan Iran dan Amerika Syarikat yang memberi kesan kepada pasaran minyak dunia.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan keadaan keselamatan di tiga wilayah berkenaan adalah terkawal dan selamat untuk dikunjungi.

Katanya, kebanyakan premis perniagaan juga sudah kembali beroperasi seperti biasa selepas musim perayaan.

Sehubungan itu, beliau berharap pelancong Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand dapat membuat persiapan rapi bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN