fbpx
KEADAAN kenderaan Perodua Aruz yang terlibat kemalangan maut di KM 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, Dungun hari ini.

Ibu, anak maut, Perodua Aruz terbabas di Jerangau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang wanita dan anaknya terkorban selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Perodua Aruz yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan terbabas di Kilometer 59, Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.10 petang itu, dua beranak tersebut meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Difahamkan, tiga lagi ahli keluarga mereka cedera parah. Setakat ini identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun, manakala tiga lagi mangsa dibawa ke klinik kesihatan berhampiran untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI