fbpx
Gambar hiasan

Hari Ketiga Syawal: Trafik perlahan, Smartlane diaktifkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Memasuki hari ketiga Syawal, aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan semakin perlahan susulan peningkatan pergerakan warga kota yang pulang ke ibu negara selepas menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Menurut Plusline1800880000, keadaan trafik arah utara dari Senai ke Kulai, Johor dilaporkan perlahan setakat pukul 9.47 pagi.

“Trafik perlahan arah utara dari Senai ke Kulai. Pandu berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Kilometer (KM) 24 dari Jalan Duta menghala ke Bukit Lanjan yang menyebabkan lorong kecemasan terhalang.

Plusline turut memaklumkan pengaktifan laluan Smart Lane di KM367.3 hingga KM354 arah utara dari Slim River ke Sungkai, Perak bagi melancarkan aliran trafik.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan selamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN