fbpx
Gambar hiasan.

2,829 kemalangan, 15 maut pada hari raya pertama dan kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebanyak 2,829 kes kemalangan direkodkan sepanjang dua hari sambutan Hari Raya Aidilfitri di seluruh negara dengan jumlah kematian kekal 15 orang.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik memaklumkan, sebanyak 1,304 kemalangan direkodkan hari pertama Aidilfitri dengan 15 kematian menunjukkan penurunan 211 kes kemalangan dan 11 kes kematian berbanding hari sebelumnya.

Bagaimanapun, angka kemalangan meningkat kepada 1,525 kes semalam namun jumlah korban kekal sama.

“Peningkatan itu melibatkan tambahan 221 kes kemalangan tanpa sebarang perubahan pada angka kematian,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN