fbpx
Keadaan kesesakan trafik yang dimuat naik di laman Threads.

12 tengah hari dari JB, 9 malam tak sampai lagi KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perjalanan dari Johor Bahru ke ibu negara bertukar menjadi pengalaman memeritkan buat pengguna lebuh raya apabila kesesakan luar biasa dilaporkan sejak tengah hari tadi.

Menerusi satu hantaran tular di media sosial oleh pengguna dikenali sebagai blckbrdx_, dia mendakwa perjalanan yang bermula sekitar pukul 12 tengah hari masih belum menunjukkan tanda-tanda lancar walaupun sudah berjam-jam di jalan raya.

“JB-KL dari pukul 12 pm tak sampai-sampai lagi, ni baru lepas Jasin. Mengesot macam siput. Lusa aku sampai KL la kot,” tulisnya berseloroh.

Situasi itu turut disertakan dengan gambar deretan kenderaan yang panjang dengan lampu brek merah menyala, menggambarkan aliran trafik yang sangat perlahan terutama di waktu senja.

Lebih mencabar, pengguna tersebut turut memaklumkan dia memandu kereta manual, sekali gus menambah keletihan sepanjang berdepan kesesakan.

“Kita bawa kereta manual pula tu,” katanya lagi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen berkongsi nasib sama apabila terperangkap dalam kesesakan yang berpanjangan.

“Santai diposisi kak, bontot dan dah kebas dah ni daripada 1.30 pm JB… sekarang baru kat Seremban,” kata seorang pengguna.

Orang ramai percaya peningkatan trafik ini berpunca daripada pergerakan pulang selepas cuti perayaan, selain jumlah kenderaan yang luar biasa di lebuh raya utama.

Pengguna dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang perjalanan jauh.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN