fbpx
Tangkap layar kejadian letupan dan kebakaran di sebuah gerai menjual mercun di Nibong Tebal, awal pagi tadi.

[VIDEO] Pakat lari gerai mercun terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Tular satu video menunjukkan letupan berlaku di sebuah gerai menjual mercun sebelum musnah terbakar dalam kejadian dipercayai berlaku di Taman Pekaka, Nibong Tebal di sini, hari ini.

Video berdurasi 53 saat itu memaparkan situasi cemas apabila gerai yang beroperasi di tepi jalan itu tiba-tiba meletup lalu mengeluarkan percikan api besar.

Kelihatan orang ramai termasuk pekerja dan pelanggan di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian bertempiaran lari menyelamat diri selain premis berkenaa terpaksa ditutup.

Video tersebut mendapat kecaman pengguna media sosial selain rata-ratanya meminta pihak berkuasa mengetatkan lagi penguatkuasaan pengeluaran lesen.

“Sudah macam perang,” tulis Nazri Mamat.

“Selepas ini PBT (pihak berkuasa tempatan) tolong keluarkan lesen syarat-syarat mesti jual mercun di kawasan lapang. Bahaya jual di kawasan kedai dan orang ramai, setiap tahun terjadi,” balas Irwan Syazuan.

“Kena ada SOP yang ketat selepas ini. Mercun ini dikira bahan letupan dan berbahaya. Merata-rata jualan bahan letupan di tempat awam,” tegas Nama Peja. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN