fbpx
Pemuda jatuh Sungai Tokong di Jalan Bypass Parit Jalil, Batu Pahat semalam ditemui lemas hari ini.

Pemuda jatuh sungai ditemui lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – Seorang pemuda yang hilang selepas terjatuh dalam Sungai Tokan di jambatan Jalan Bypass Parit Jalil di sini semalam ditemui lemas hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggeram, Pegawai Bomba Kanan II Ikhsaan Husaini Mahat berkata, mayat lelaki berusia 27 tahun itu ditemui pada pukul 10.54 pagi.

Jelasnya, Mayat ditemui pada jarak kira-kira 10 kilometer dari tempat dia dikatakan terjatuh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan lapan anggota disambung semula awal pagi tadi selepas ditangguh pukul 7.10 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, operasi yang tamat pada pukul 11.28 pagi itu turut dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), sebuah pacuan empat roda dan dua bot aluminum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI