fbpx
Keadaan Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan yang sesak akibat kemalangan. - Kredit Foto Thread N.Ziffah, Nurzi77

Lebuh Raya Utara-Selatan sesak 20km dekat Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan sesak sepanjang 20 kilometer (km) di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan susulan kemalangan di Kilometer (Km) 274.1, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, hari ini.

Menurut Plusline1800880000, kesesakan tersebut berpunca daripada kemalangan yang berlaku di lorong kanan selain pertambahan kenderaan sejak pagi tadi.

Difahamkan, kesesakan dikesan bermula dari Bandar Putra Mahkota, Bangi sehingga ke lokasi kemalangan sebelum kenderaan yang terlibat dialih ke lorong kecemasan.

Kejadian itu tidak mengakibatkan kemalangan jiwa dan aliran trafik kembali terkawal pada pukul 11.41 pagi tadi selepas kesesakan hampir dua jam.

Sehubungan itu, pihak PLUS telah mengaktifkan dua laluan ‘Smartlane’ di KM 230 hingga KM 248.5 yang mana lorong kecemasan boleh dilalui kenderaan ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN