fbpx
VERSTAPPEN gagal menamatkan perlumbaan di GP China selepas jenteranya mengalami masalah teknikal. - AFP

F1: Verstappen akui Red Bull ketinggalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHANGHAI – Max Verstappen mengakui prestasi hambar Red Bull Racing pada awal musim 2026 bukan sesuatu yang mengejutkan buat dirinya, malah menegaskan dia tidak pernah melihat pasukannya mampu menyaingi pasukan teratas.

Pelumba Belanda itu berkata, jangkaan tinggi yang diletakkan terhadap Red Bull selepas ujian pramusim tidak mencerminkan realiti sebenar prestasi jentera mereka ketika ini.

“Saya tidak terkejut kami ketinggalan dengan Mercedes, Ferrari atau McLaren, tetapi hujung minggu lalu memang sangat buruk,” katanya.

Pada perlumbaan di Grand Prix China, Verstappen terpaksa menarik diri akibat masalah teknikal, manakala rakan sepasukannya, Isack Hadjar hanya mampu menamatkan saingan di tempat kelapan.

Prestasi itu menyaksikan Red Bull kini ketinggalan dalam kedudukan kejuaraan pengeluar, malah dipintas oleh Haas selepas dua pusingan awal musim.

Situasi tersebut jelas bertentangan dengan keyakinan yang dilaungkan sebelum ini, termasuk oleh bos Mercedes, Toto Wolff yang pernah menyifatkan Red Bull sebagai penanda aras berdasarkan data ujian.

Menurutnya, Red Bull kini perlu bekerja keras untuk memperbaiki prestasi, terutama menjelang perlumbaan di Jepun yang boleh menjadi titik kebangkitan.

Dalam masa sama, Verstappen tetap berhati-hati agar tidak menyalahkan pasukan, sebaliknya percaya semua pihak sedang berusaha keras untuk keluar daripada kemelut prestasi. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN