fbpx
Penguat kuasa Imigresen memeriksa warga asing dalam operasi itu di sekitar Selangor.

200 warga asing diperiksa di ‘hot spot’ Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seramai 200 warga asing diperiksa di lokasi ‘hot spot’ yang dikenal pasti menjadi tumpuan golongan itu di negeri ini sejak kelmarin.

Pemantauan itu dilakukan Jabatan Imigresen Selangor menerusi Ops Omnipresent bersempena sambutan Aidilfitri.

Pengarah Imigresen negeri, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, pihaknya terus mempergiatkan pemantauan tumpuan warga asing menerusi rondaan dan pemeriksaan berkala.

Jelasnya, pelaksanaan operasi khas secara menyeluruh itu disertai 16 pegawai penguat kuasa menerusi dua pasukan khas sepanjang musim perayaan ini.

“Antara kawasan tumpuan utama operasi termasuk di sekitar hentian bas di Pelabuhan Klang, Terminal Bas Klang, Kawasan 13 Klang dan Dataran Otomobil Seksyen 15 Shah Alam.

“Selain itu, pemeriksaan melibatkan Pasar Borong Selayang, Mentari Court Sunway, GM Klang dan Pasar Taman Sri Muda Shah Alam,” katanya petang ini.

Tambah Khairrul, pemeriksaan dijalankan ke atas 200 warga asing dan tiada penahanan dilakukan setakat ini.

“Ops Omnipresent dilaksanakan dengan kenderaan rasmi dilengkapi lampu beacon sebagai langkah meningkatkan kehadiran anggota penguat kuasa.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN