fbpx
Tangkap layar video memaparkan laluan di Jalan Ampang yang lengang semalam.

[VIDEO] ‘Boleh berguling-guling, amannya KL’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Suasana jalan raya sekitar Kuala Lumpur yang lengang tanpa kesesakan berikutan ramai warga kota pulang ke kampung menyambut Aidilfitri ketika ini, dianggap sebagai satu nikmat bagi penduduk yang tinggal di kawasan Lembah Klang.

Menerusi hantaran video dikongsikan pada TikTok This Is Ampang memaparkan, kawasan di Jalan Ampang yang lengang dengan hanya beberapa kenderaan dilihat di laluan tersebut semalam.

“Bahagianya memandu di Jalan Ampang musim-musim raya ni,” menurut kapsyen video tersebut.
Ia mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai terutama yang tinggal di Lembah Klang serta menyambut Aidilfitri di kawasan sekitar situ selain mereka yang tidak pulang ke kampung kerana bekerja.

“Aman satu KL,” komen pengguna TikTok Wintersummer.

“Hanya lima hari jalan tak jem, kalau hari-hari macam tu kan seronok,” komen seorang individu.

“Boleh guling-guling,” kata Zacksmallville87.

“Amannya Kuala Lumpur,” komen Oh.wan. – KOSMO! ONLINE

@thisisampangBahagia memandu di Jln Ampang musim2 raya ni.

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – AchikAfiq 06

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI