fbpx
Trump mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach di Palm Beach, negeri Florida kelmarin. - AFP

Saya mahu berunding tetapi semua pemimpin Iran sudah mati – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan bahawa Washington ingin berunding dengan Iran tetapi tiada sesiapa untuk bercakap susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel selama beberapa minggu yang membunuh ramai pimpinan negara itu, lapor portal berita Middle East Monitor. 

“Kami menghadapi masa yang sukar. Kami ingin berbincang dengan mereka tetapi tiada sesiapa untuk bercakap. Namun, kami sukakan keadaan ini. 

“Tentera Laut Iran sudah tiada. Tentera udara tiada. Pesawat mereka juga tiada. Semuanya tiada termasuk pemimpin mereka. Tiada sesiapa yang mahu menjadi pemimpin di Iran lagi,” kata Trump di White House. 

Beliau menegaskan bahawa matlamat Washington masih kekal iaitu menghalang Iran daripada memiliki senjata nuklear. 

“Kami tidak akan membiarkan Iran mempunyai senjata nuklear kerana jika mereka memilikinya, mereka akan menggunakannya,” katanya. 

Trump turut mendakwa bahawa Tentera Laut Iran telah dihapuskan dalam beberapa hari sekali gus menunjukkan pencapaian besar dalam pertempuran tersebut. 

“Iran mempunyai tentera laut dua minggu lalu, namun kini tidak lagi. Semuanya berada di dasar laut selepas 58 kapal mereka ditembak dalam masa dua hari,” tambah Trump. 

Ketegangan di Asia Barat semakin meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb. 

Serangan itu membunuh kira-kira 1,300 orang termasuk pemimpin agung iran terdahulu, Ayatollah Ali Khamenei, Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani dan lebih 150 kanak-kanak di sebuah sekolah rendah perempuan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN