fbpx
Gambar hiasan

Orang Padang Terap ‘berpanas’ ziarah raya, suhu lebih 40°C

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Daerah Padang Terap, Kedah berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) dengan suhu maksimum melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung kemas kini status cuaca panas, setakat pukul 4 petang hari ini.

“Dalam masa sama, terdapat 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) melibatkan iaitu negeri Perlis, seterusnya Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik, Pulau Langkawi, Kuala Muda, Pendang, Baling dan Bandar Baharu (Kedah) dan Timur Laut (Pulau Pinang).
“Tahap Berjaga-Jaga bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” menurut MetMalaysia pada hantaran Facebook hari ini.

Sementara itu, bagi kawasan di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak, suhu di kawasan masing-masing adalah maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI