fbpx
SELANGOR meraih tonik terbaik memburu penamat cemerlang selepas meraih kemenangan pada derbi Lembah Klang sebelum ini.

Liga Super: Selangor yakin raih naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEREBUTAN status naib juara menjadi nilai tambah kepada kehangatan baki saingan Liga Super musim ini selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sah bergelar juara buat kali ke 12 berturut-turut.

Persaingan kini menjurus kepada perebutan tiga penjuru membabitkan Selangor FC, Kuching City dan Kuala Lumpur City apabila ketiga-tiganya tidak terpisah jauh dari segi pungutan mata.

Bagi pertahanan Selangor FC, Mamadou Diarra, persaingan tiga pasukan menjadikan baki saingan musim ini lebih menarik sekali gus menuntut semua pemain melakukan kerja tambahan bagi perkukuhkan pasukan.

“Gembira dapat bantu pasukan dapatkan tiga mata. Sekarang kami ada beberapa perlawanan lagi, kami akan lalui satu demi satu perlawanan dan kami anggap seperti final.

“Kami kami akan hadap semua yang menanti kami selepas ini, kemudiannya kita akan lihat apa yang berlaku pada penghujungnya,” katanya.

Lebih menarik, perebutan kali ini makin panas selepas Penang FC mengemukakan aduan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atas dakwaan Kuching City menurunkan pemain yang tidak disenaraikan sebagai pemain gentian.

Selangor FC kini masih memiliki empat perlawanan iitu menentang Sabah, Kelantan The Real Warriors FC (KTRW FC), Penang FC dan PDRM FC, manakala KL City akan bertemu KTRW FC, JDT, Negeri Sembilan dan Kuching City.

The Cats pula memiliki lima baki perlawanan musim ini iaitu menentang PDRM FC, DPMM FC, Terengganu, Melaka FC dan KL City.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN