fbpx
Gambar hiasan - KREDIT JANAAN AI

‘Betul ke tak ramai pakai baju raya teal blue, rich brown?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Warna baju raya ‘teal blue’ dan ‘rich brown’ yang ‘dicanang-canangkan’ menjadi tema pada sambutan Hari Raya Aidilfitri pada kali ini, dikatakan tidak mendapat sambutan orang ramai.

Menerusi satu hantaran oleh seorang pengguna Thread Msrzqh, wanita itu berkata, dia tidak bertemu dengan individu atau keluarga yang mengenakan baju raya dengan warna tema berkenaan.

“Siapa cakap raya tahun ni tema ‘teal blue’ dengan ‘rich brown’ tu? Aku tengok tak ada pun yang pakai,” katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang bersetuju dengannya apabila mereka juga tidak menemui kumpulan keluarga mengenakan baju raya warna ‘teal blue’ dan ‘rich brown’.

“Masalahnya tengok online (jualan baju warna ‘teal blue’ dan rich brown’), semua habis. Siapa yang pakai ek,” kata Wawanfoodie.

“Studio (gambar) akak pun dari buka sampai hari ini, tak ada ‘teal blue’. Tapi warna ‘burgundy’ dan ‘maroon’ ramai,” komen Azma Azhar.

“Keliling saya ramai pakai hijau,” komen Badariah Nabilah.

Bagaimanapun ada juga pengguna Thread lain meninggalkan komen bahawa mereka menemui individu dan kumpulan keluarga yang mengenakan tema warna berkenaan, bahkan ada juga berkongsi gambar memakai baju raya warna tersebut di ruangan komen.

Pengguna Thread tersebut mengatakan kemungkinan wanita itu tidak dikelilingi mereka yang memilih warna ‘teal blue’ dan ‘rich brown’, sedangkan tema itu menjadi pilihan orang lain di luar lingkungannya.

“Dah jumpa dah tema ‘teal blue’ dengan ‘rich brown’,” kata Allyshahanani.

“Kampung saya ni, setakat ini ‘teal blue’ dengan ‘rich brown’ saya nampak,” kata Azreenainisa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI