fbpx
PENGARAH kejurulatihan beregu kebangsaan, Rexy Mainaky.

BAC penentu beregu ketiga Piala Thomas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJOHANAN Badminton Asia (BAC) 2026 dijangka menjadi medan penting dalam menentukan pasangan beregu ketiga yang akan mengisi slot skuad negara ke Piala Thomas yang dijadualkan 24 April hingga 3 Mei ini.

Pengarah kejurulatihan beregu kebangsaan, Rexy Mainaky berkata dua slot utama hampir pasti menjadi milik pasangan, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berdasarkan prestasi semasa dan kedudukan ranking dunia.

“Kalau kita lihat sekarang, pasangan yang sudah ‘establish’ untuk berada dalam pasukan ialah Aaron-Wooi Yik. Selepas itu Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan juga Sze Fei-Izzuddin,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (BAM), semalam.

Menurut Rexy, BAC bakal menjadi pentas terbaik untuk menilai prestasi pasangan lain yang masih memburu tempat dalam skuad Piala Thomas terutama beregu muda negara.

“BAC ini satu kesempatan kepada pemain seperti Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King untuk membuktikan kemampuan mereka. Jika mereka boleh pergi jauh atau muncul juara di Asia, tentu ia boleh mengubah penilaian kami,” jelasnya.

Tambahnya, pemilihan pasangan ketiga tidak hanya bergantung kepada ranking semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira prestasi semasa serta tahap konsistensi pemain ketika beraksi di kejohanan besar.

“Kita tidak mahu terlalu cepat menilai atau memuji sesiapa. Kita mahu lihat siapa yang benar-benar konsisten di gelanggang sebelum membuat keputusan,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN