fbpx
Tangkap layar video Facebook Atie Wan memperlihatkan orang ramai beratur untuk menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Bentong, Pahang.

[VIDEO] ‘Meriah beratur, nak beli lamb shank ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah stesen minyak di Bentong, Pahang ‘sesak’ dengan kehadiran orang ramai yang beratur panjang semata-mata mahu menggunakan tandas di tempat tersebut.

Menerusi video dikongsikan pengguna Facebook Atie Wan memperlihatkan, orang ramai beratur bermula dari depan pintu masuk tandas dan berderet panjang hingga pekarangan stesen minyak berkenaan.

Mereka merupakan pengguna kenderaan yang dalam perjalanan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung serta singgah di stesen minyak tersebut bagi melepaskan hajat atau berehat sebentar.
“Alamak, ramai manusia beratur. Nasib boleh tahan lagi ni. Pergi tandas lain lah, tak boleh berdiri lama-lama,” menurut kapsyen oleh Atie Wan.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai yang berdepan masalah sama setiap kali mahu menggunakan tandas awam sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung menyambut hari raya.

“Mana-mana stesen minyak musim raya, tandas perempuan lah beratur macam nak buang undi. Diorang ni latih lama dah, sedangkan mengundi empat atau lima tahun sekali. Kita lelaki saja tak sedar, mereka tengah buat latihan setiap tahun,” komen pengguna Facebook Wah berseloroh.

“Macam mana korang boleh tahan lama-lama sambil berdiri,” kata Shahrul Nizam.

“Meriah beratur, nak beli lamb shank (betis/kaki kambing) ke ni?,” komen Muhammad Firdaus secara berjenaka. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI