fbpx
Tangkap layar video kamera papan pemuka memperlihatkan dua ekor kerbau berjalan di tepi jalan raya yang sibuk di Sri Damansara, semalam.

[VIDEO] ‘Kerbau siapa ni, berjalan sampai Damansara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua ekor kerbau dipercayai tersesat dikesan berjalan di atas jalan raya yang sibuk di sekitar Damasara, sekali gus mengundang simpati daripada orang ramai.

Menerusi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dimuat naik seorang pengguna Thread Miaaazia, dua kerbau tersebut iaitu kerbau dewasa bersama anak dilihat berjalan di tepi jalan di dalam kawasan Sri Damansara, semalam.

“Mohon kutip kerbau siapa ni? Dah sampai Sri Damansara,” menurut kapsyen ringkas pada video tersebut.
Dalam masa sama, pengguna Thread memaklumkan, ada yang terjumpa kerbau berkenaan serta berkongsi video lain pada ruangan komen.

“Setengah hari dah saya kejar update (kemas kini) ni. Tadi nampak ada post (hantaran) kat Desa Park, sekarang dah sampai Sri Damansara,” komen Tongxiang.

“Tadi ada dekat kawasan rumah saya Damansara Damai. Sedap tengah meragut rumput,” kata Paaamiii.

“Ni yang kena tambat kat depan Damansara Damai tadi ni,” komen Slhdn00.

Sementara itu, ada juga bersimpati dengan nasib dua ekor kerbau tersebut dan mereka mengandaikan kemungkinan ia sesat daripada pemiliknya.

“Orang yang nampak, tolong telefon bomba atau Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia) sebelum raya esok,” komen Ydlvh.

“Harap selamat, kasihan bawa anak, takut kena langgar,” komen Syiraaini69. – KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI