SEBERANG PERAI – “Setiap hari adik ziarah kubur, menangis sambil cium kain lampin arwah anaknya”. Demikian menurut Ahmad Lutfihadi Wahab, 31, abang kepada ibu bayi yang maut dipercayai didera pengasuhnya di sebuah taska di Hospital Seberang Jaya, 9 Mac lalu. Menurutnya, emosi adiknya, Ummu Habibah Wahab, 29, kini masih terganggu dan trauma dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya, Hayl Haarith Mohd. Syafaeez, berusia empat bulan. “Adik (Ummu Habibah) masih bercuti dan sedang mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Sultanah Nur Zahirah…














