PETALING JAYA- Seorang pempengaruh media sosial dari Selatan Thailand terkejut dengan keadaan di Malaysia kerana tiada pembelian panik terhadap bahan api seperti mana yang berlaku kepada negaranya.
Jirayut yang dikenali dengan video promosi makanan selama ini turut terkejut dengan harga petrol RON95 yang masih rendah jika berbanding Thailand.
“Tengok dekat sini (Rantau Panjang), langsung tak ada pembelian panik seperti di kampung saya.
“Harga petrol di sini RM1.99 bagi pemegang kad pengenalan Malaysia, betul-betul kerajaan dia jaga rakyat, masih murah,” jelasnya.
Tambahnya lagi, walaupun dunia mengalami kenaikan harga bahan api, namun Malaysia masih memberikan subsidi kepada rakyatnya.
“Ni hebat, saya baru tahu kalau rakyat yang ada kad pengenalan harga petrol masih murah.
“Orang luar nak isi petrol kena isi yang mahal, bagus betul kerajaan pegang rakyat dia,” jelasnya lagi.-KOSMO! ONLINE
View on Threads














