fbpx
VINICIUS meledak dua gol untuk membantu kemenangan Real ke atas City sekali gus mara ke suku akhir. - AFP

UCL: Arbeloa serlah sisi cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Real Madrid, Alvaro Arbeloa menyerlahkan reputasi luar biasa apabila menyingkirkan dua nama besar, Jose Mourinho dan Pep Guardiola daripada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Selepas mengetepikan Benfica di pusingan playoff, awal pagi semalam Los Blancos mengalahkan Manchester City 2-1 sekali gus layak ke suku akhir hasil kemenangan 5-1 secara agregat.

“Ini pastinya menyerlahkan yang saya sebenarnya memiliki pemain hebat. Dua bulan lalu, saya tidak pernah percaya tentang di mana saya berada sekarang,” katanya.

Terdahulu, City memulakan perlawanan dengan langkah kiri apabila terpaksa bermain 10 orang ekoran layangan kad merah kepada Bernardo Silva pada minit ke-20 hingga membenarkan Real memperoleh gol pertama.

Kelebihan itu berjaya dimanfaatkan oleh Real yang memperoleh dua gol daripada Vinícius Júnior, manakala Erling Haaland meledak gol buat tuan rumah.

“Saya tidak melihat dari sudut itu (kejayaan taktikal ke atas Guardiola), saya tidak berani mengatakannya kerana Guardiola adalah pengurus yang sudah mengharungi hampir 1,000 perlawanan di pentas elit dan sudah memenangi piala.

“Sebagai jurulatih, saya menganalisa pasukan lawan dan lihat cara terbaik untuk mengecewakan mereka. Saya harap ini akan menguatkan lagi kami sebagai satu pasukan,” katanya. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN