fbpx
Zairil (kiri) dan Zulkifly (dua,kiri) beramah mesra bersama penumpang di Penang Sentral, malam tadi. - Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

Tayar tertusuk paku, bas ke Kuantan diarah henti perjalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Sebuah bas ekspres yang dijadualkan ke Kuantan, Pahang tidak dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemeriksaan mendapati salah sebuah tayarnya tertusuk paku bersaiz besar sekali gus dikhuatiri merisikokan keselamatan penumpang.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, bas berkenaan ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke terminal bas Penang Sentral di sini, malam tadi dan diarahkan menukar tayar terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

“Kami membuat pemeriksaan ini bagi memastikan bahawa para pemandu sentiasa peka terhadap keadaan bas yang dipandu manakala para penumpang pula sentiasa menjaga keselamatan mereka dengan memakai tali pinggang keledar.

“Selain itu, JPJ turut menempatkan anggota penguat kuasa dalam bas tertentu bagi memantau tahap pematuhan serta mengambil tindakan terhadap pemandu yang melanggar peraturan,” katanya ketika ditemui pada Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) dan Advokasi Keselamatan Jalan Raya JPJ Pulau Pinang di terminal bas Penang Sentral di sini, malam tadi.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN