fbpx

‘Sepatutnya saya bawa balik menantu mak beraya di Pahang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pertama kali beraya sendiri, pelakon Kamal Adli mendedahkan sepatutnya tahun ini merupakan gilirannya pulang menyambut Aidilfitri di kampung ibunya di Pahang.

Bagaimanapun, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, tidak dapat menunaikan hasrat membawa isteri pulang ke negeri Tok Gajah tersebut disebabkan sudah berstatus duda.

“Raya kali ini berbeza sebab sepatutnya raya Pahang, kampung mak. Ini pertama kali menantu-menantu beraya di sana.

“Sepatutnya pertama kali untuk rasa raya di Pahang tapi tak berkesempatanlah. Jadi, menantu-menantu lain yang dapat.

“Jadi, saya duduk bilik kongsilah dengan adik lelaki,” katanya kepada HibGlam.

Bercakap mengenai lebaran, walaupun tidak dapat beraya dengan anak perempuannya, Hawra Uqaira, pelakon drama Setelah Terlafaz Akad itu tetap menjalankan tanggungjawabnya dengan memastikan kelengkapan puterinya tersedia.

“Hawra raya dengan Uqasha, untuk saya tak apalah tapi harapnya sebelum raya dapat luangkan masa banyak dengan Hawra.

“Saya dah tempah empat pasang baju untuk Hawra sebab nak ikut saiz badan dia kan.

“Ada yang ‘ready made’, saya dah tengok tapi tak muat. Biarlah dia nak ‘posing’ dengan baju baru,” katanya lagi.

Menyentuh mengenai persiapan diri sendiri, Kamal menyifatkan dirinya cukup bertuah apabila tidak perlu pening memikirkan soal pakaian raya memandangkan dia merupakan duta kepada jenama gedung tekstil terkemuka.

“Alhamdulillah sebab Jakel bagi saya baju ‘unlimited’. Jadi saya tak fikirlah baju untuk raya. Ada rezeki saya di situ.

“Banyak warna juga saya dapat dalam 20 ke 30 pasang. Jadi saya pakai sajalah yang mana ada. Silap-silap boleh bawa sampai tahun hadapan,” luahnya.

Sebelum ini, Kamal dan pelakon Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu selepas aktres itu memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober tahun lalu atas alasan tiada persefahaman.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada 27 April 2024. -HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI