PETALING JAYA – Fenomena ‘slot infak’ yang semakin meluas di bazar Ramadan dan gerai jualan tepi jalan kini mencetuskan polemik apabila niat asalnya sebagai medium kebajikan mula dipersoalkan orang ramai. Konsep tersebut pada asasnya memberi peluang kepada pelanggan membeli makanan tambahan untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan seperti gelandangan, asnaf dan pekerja berpendapatan rendah. Bagaimanapun, perkembangan mutakhir menunjukkan amalan yang semakin popular itu, kini ditawarkan secara konsisten setiap hari sehingga menimbulkan tanda tanya tentang keikhlasan di sebaliknya. Tinjauan mendapati ramai pengguna……














