BAGI saya dan beberapa orang rakan yang lain, waktu malam menjadi pilihan terbaik untuk kami menikmati hobi memancing di sepanjang bulan puasa. Suasana malam juga sejuk dan santai. Seperti yang telah dipersetujui, saya bersama Bob dan Izuddin keluar memancing di persisiran Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu, Kelantan. Namun setibanya di sana, keadaan ombak pada ketika itu amat tinggi dan percikan air yang menerjah batu juga kuat. Keadaan tersebut tidak mengizinkan kami untuk memancing di situ. Bagi mengelak pulang dengan……














