fbpx
DZULKHAIRI pada Program Ronda Santai Panjut Pelita bersama Ketua Polis Melaka di Balai Polis Batang Tiga, Klebang, Melaka, awal pagi tadi. - Foto oleh AMRAN ALI

Kes rogol bawah umur punca indeks jenayah Melaka meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Peningkatan kes jenayah kekerasan di negeri ini termasuk kes rogol mangsa bawah umur antara penyumbang kenaikan jenayah indeks sebanyak 2.9 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 16 Mac lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, sebanyak 318 kes direkodkan berbanding tempoh sama tahun lalu dengan peningkatan sembilan kes.

Menurutnya, jenayah kekerasan mencatatkan 67 kes berbanding 63 kes tahun lalu, iaitu peningkatan empat kes atau 6.3 peratus dengan antaranya adalah kes rogol serta mendatangkan cedera parah.

“Kes rogol ini bukan hanya melibatkan secara paksaan semata-mata, sebaliknya turut membabitkan pelajar-pelajar bawah umur yang menjadi antara punca peningkatan kes.

“Kebanyakan kes telah dilaporkan sendiri oleh ibu dan bapa pelajar terlibat selepas mengetahui kejadian tersebut. Antara faktor penyumbang adalah pengaruh media sosial dan pergaulan bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada akhbar selepas Program Ronda Santai Panjut Pelita bersama Ketua Polis Melaka di Balai Polis Batang Tiga, Klebang di sini, awal pagi tadi.

Tambahnya, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menangani isu tersebut.

Mengulas lanjut beliau berkata, jenayah harta benda turut mencatatkan peningkatan apabila 251 kes direkodkan berbanding 246 kes tahun lalu, meningkat lima kes atau dua peratus, membabitkan kes curi dan curi motosikal.

“Namun, kes samun tanpa senjata api menunjukkan penurunan dalam tempoh sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI