fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kereta dinaiki lima sekeluarga di depan HSIP dekat Kampung Pahi, Kuala Krai semalam.- Foto IHSAN BOMBA

Kereta terbakar ketika dalam perjalanan balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA KRAI – Kegembiraan lima sekeluarga untuk pulang kampung sempena Hari Raya Aidilfitri dikejutkan dengan kejadian cemas apabila kereta yang mereka naiki terbakar di depan Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) dekat Kampung Pahi di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 malam itu, suami, isteri bersama tiga anak mereka yang menaiki kereta jenis Proton Waja dan sedang perjalanan dari Nilai, Negeri Sembilan menuju ke Ketereh, Kota Bharu, Kelantan sempat menyelamatkan diri selepas asap keluar dari bonet depan kereta tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Aiman Aminuddin berkata, pemandu dan empat penumpang bergegas mengeluarkan semua barangan termasuk baju raya daripada hangus dalam kebakaran itu.

“Kereta tersebut terbakar semasa perjalanan mereka berbaki kira-kira 70 kilometer lagi untuk sampai ke Ketereh. Kejadian itu disedari oleh pemandu kereta terbabit yang berusia dalam lingkungan 40-an selepas melihat kepulan asap keluar dari bonet depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Muhammad Aiman memberitahu, operasi pemadaman kebakaran tamat kira-kira pukul 11.33 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI