fbpx
HARIMAU Malaya akan menjalani latihan pusat empat hari di Bangkok bermula Selasa hingga 27 Mac ini. - AMIR KHALID

Harimau Malaya ‘berkampung’ di Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Harimau Malaya akan ‘berkampung’ di Bangkok, Thailand dalam menjalani latihan pusat bagi menghadapi aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia bertemu Vietnam, 31 Mac ini.

Daripada perkongsian terkini, skuad kendalian Peter Cklamovski akan memulakan latihan pusat di Kuala Lumpur pada Isnin ini sebelum meneruskan persiapan di Thailand.

“Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan pusat bermula 23 Mac di Kuala Lumpur, diikuti sesi latihan di Bangkok, Thailand dari 24 hingga 27 Mac sebelum berlepas ke Nam Dinh, Vietnam pada 28 Mac.

“Latihan pusat di Kuala Lumpur dan Bangkok diadakan sebagai persiapan menghadapi Vietnam bagi aksi timbal balik Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada Selasa, 31 Mac di Stadium Thien Truong, Nam Dinh,” menurut perkongsian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jangkaan peminat untuk melihat kemunculan Bergson da Silva dan Giancarlo Gallifuoco sebagai pemain naturalisasi baharu meleset apabila nama kedua-duanya tiada dalam senarai.

Bagaimanapun, Cklamovski memanggil dua muka baharu iaitu Muhammad Feroz Baharudin dan Muhammad Syahmi Safari dan mengekalkan sebahagian besar pemain dari skuad sebelum ini.

Daripada senarai yang dikeluarkan, tiga pemain nauralisasi sebelum ini, Endrick Dos Santos, Sergio Aguero dan Paulo Josue turut mendapat kepercayaan Cklamovski.

Aksi berdepan Vietnam menjadi perlawanan pelengkap jadual selepas impian Harimau Malaya untuk merebut tiket ke pusingan akhir Piala Asia 2027 sudah musnah ekoran hukuman pemotongan enam mata oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) kerana isu pemalsuan dokumen tujuh pemain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN