fbpx
DUA maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran simpang Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi pagi ini.

Dua maut, empat cedera nahas dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan berhampiran simpang Felcra Sungai Ara di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Azlan Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 8.57 pagi tadi dan seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Nissan Sentra dan Proton Saga. Seramai enam mangsa terlibat dalam kemalangan itu. Terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan dalam keadaan tersepit

“Manakala tiga lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa mengalami kecederaan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azlan berkata, anggota melaksanakan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa tersepit sehingga keadaan selamat, manakala mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI