fbpx
Produk terbaharu Cetaphil®️, Ceramide Repair Lotion sangat sesuai digunakan dengan rutin penjagaan kulit minimalis untuk meningkatkan perlindungan kulit.

Cetaphil solusi penjagaan kulit milimalis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CUACA panas dan lembap di Malaysia membuatkan skinimalisme sebagai pendekatan penjagaan kulit yang sangat sesuai dengan kehidupan masyarakat di negara ini. Malah, ia telah menjadi trend yang semakin berkembang ke seluruh dunia kerana pengguna mahukan pendekatan lebih cekap dan ringkas untuk mendapatkan kulit lebih sihat.

Skinimalisme adalah pendekatan penjagaan kulit yang minimalis dan berlandaskan konsep back-to-basics. Oleh itu, kaedah ini sangat sesuai dengan kehidupan masa kini dengan jadual kerja yang padat dan gaya hidup pantas.

Walaupun begitu, orang ramai masih belum menjumpai solusi skinimalisme dalam satu produk penjagaan sehingga perlu membuat carian di internet dan menggunakan produk tidak sesuai dengan kulitnya.

Menurut Pakar Dermatologi, Dr. Benji Teoh Tze Yuen, orang ramai perlu memahami keadaan kulit mereka sendiri kerana setiap orang mempunyai keadaan kulit berbeza. Satu produk atau bahan aktif mungkin memberi manfaat kepada seseorang dan ia juga mungkin merosakkan kulit orang lain.

“Sebagai pakar dermatologi, saya menasihati pesakit saya untuk menjaga dan melindungi atau menyuburkan lapisan kulit dalaman mereka. Salah satu langkah paling penting dan mudah yang boleh diambil oleh seseorang ialah melembapkan kulitnya.

“Nasihat lain termasuk tidak mandi terlalu kerap, elakkan air panas dan gunakan sabun pelembap. Keringkan kulit anda selepas mandi dan segera sapukan pelembap.

“Selain itu, gunakan seramid (ceramide) untuk meningkatkan perlindungan kulit anda. Epidermis kulit adalah seperti dinding bata. Ia berfungsi untuk melindungi kita daripada ancaman luaran dan pada masa yang sama menghalang kehilangan air yang berlebihan,” katanya.

Tambah beliau, diantara bata itu terdapat ‘simen’ untuk mengikat bata bersama-sama dan pada masa sama mengisi ruang untuk perlindungan dalam serta luar. Seramid adalah campuran penting dalam ‘simen’ ini dan ia memainkan peranan penting dalam mengekalkan penghalang kulit (skin barrier) kita. 

Sehubungan itu, orang ramai boleh menggunakan rutin penjagaan kulit minimalis Cleanse, Treat, Moisturise dan Protect (Bersih, Rawat, Lembapkan, Lindung – CTMP). 

Pertama, bersihkan kulit dengan lembut untuk menghilangkan kekotoran tanpa mengganggu lapisan pelindung kulit. Kedua, rawat untuk menangani masalah kulit tertentu seperti kulit kering dan gatal. 

Cetaphil®️ Ceramide Repair Lotion menggunakan teknologi Cetaphil®️ penghalang tiga kali ganda yang terdiri daripada seramid, asid amino dan minyak biji bunga matahari yang membantu menghidrat serta melegakan kegatalan pada kulit.

Seterusnya, lembapkan kulit untuk mengunci penghidratan dan menyokong pemulihan. Akhir sekali, lindungi kulit dengan krim pelindung matahari walaupun anda berada di dalam rumah.

Produk terbaharu Cetaphil®️, Ceramide Repair Lotion juga sangat sesuai digunakan dengan rutin penjagaan kulit minimalis ini untuk meningkatkan perlindungan kulit. 

Bagi Nurina, hidup dengan kulit kering dan ekzema yang kadang-kadang kambuh bukanlah sesuatu yang mudah — kegatalan dan kemerahan yang tiba-tiba datang sering mengganggu kehidupan hariannya. 

“Saya juga berasa sangat malu dengan keadaan kulit dan cuba menyembunyikannya sehinggalah saya menggunakan penjagaan kulit berasaskan seramid.

“Saya menggunakan Cetaphil®️ Ceramide Repair Lotion yang menghidrat ke dalam kulit dan buat pertama kalinya membolehkan saya rasa selesa dalam kulit saya sendiri,” katanya.

Cetaphil®️ Ceramide Repair Lotion menggunakan teknologi Cetaphil®️ penghalang tiga kali ganda yang terdiri daripada seramid, asid amino dan minyak biji bunga matahari yang membantu menghidrat serta melegakan kegatalan pada kulit.

Losen ini juga diuji secara klinikal dan dermatologi untuk meningkatkan penghidratan kulit sehingga 48 jam dan membaiki kekuatan penghalang kulit sehingga 86 peratus dalam masa empat minggu.

Sempena hari raya yang bakal tiba, Cetaphil membawakan kempen Aktifkan 15 Ceramid, Kulit Berseri sehingga 30 April 2026 untuk menghidratkan dan menyerikan kulit sempena sambutan Aidilfitri.

Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM68 untuk mana-mana produk Cetaphil, pembeli perpeluang memenangi hadiah menarik seperti percutian, rawatan spa eksklusif dan set hadiah produk Cetaphil. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawat laman FB atau IG Cetaphil di @CetaphilMY.

Sempena hari raya, Cetaphil membawakan kempen Aktifkan 15 Ceramid, Kulit Berseri sehingga 30 April 2026 dengan tawaran hadiah menarik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN