SAYA selalu singgah di sini sekadar meninjau aktiviti memancing yang sedang berlangsung, dan jika berkesempatan turut turun memancing untuk mencuba nasib. Kadangkala, ada juga hasil tangkapan dan ada masa pulang kosong. Namun bagi saya, dapat merehatkan minda dengan memancing sambil menikmati suasana tenang dan damai alam itu lebih utama. Dalam salah satu persinggahan itu, saya pernah terserempak dengan seorang anak muda yang sedang khusyuk memancing. Bukan kerana peralatan memancingnya yang canggih atau lagaknya bergaya, tetapi ketekunan serta hasil tangkapan diperolehnya……














