fbpx
Gambar hiasan. - Oddity Central

‘Buang’ lesen memandu dapat RM113,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

VALLETTA – Negara terkecil di Eropah, Malta menawarkan ganjaran sebanyak €25,000 (RM113,000) kepada rakyatnya untuk menyerahkan lesen memandu mereka sepanjang tempoh lima tahun, lapor laman berita Oddity Central. 

Dinamakan Skim Penyerahan Lesen Memandu, program tersebut dianjurkan pihak berkuasa bagi mengehadkan bilangan kenderaan di jalan raya dan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas. 

Menteri Pengangkutan, Chris Bonett berkata, salah satu objektif utama program itu adalah mewujudkan perubahan dalam mobiliti terutamanya dalam kalangan golongan muda, sebelum penggunaan kereta menjadi tabiat dalam kehidupan mereka. 

Di bawah program tersebut, Malta menawarkan ganjaran €25,000 kepada pemandu muda untuk menyerahkan lesen memandu mereka secara sukarela dan menahan diri daripada memandu selama lima tahun. 

Pembayaran dibuat secara ansuran tahunan sebanyak €5,000 (RM22,580), manakala penerima diwajibkan untuk memulangkan jumlah yang diterima sekiranya mereka mengubah fikiran sebelum tamat tempoh lima tahun yang dipersetujui. 

Pemandu yang layak menerima skim tersebut mesti berumur 30 tahun ke bawah, menetap di Malta sekurang-kurangnya tujuh tahun, mempunyai lesen memandu kira-kira 12 bulan yang tidak pernah digantung atau dibatalkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN