PENANTIAN yang tidak kunjung tiba, akhirnya sampai juga selepas saya berjaya mengumpulkan cukup ahli tegar untuk mengikuti trip bersama. Saya bersama tujuh orang lagi sahabat berlepas meninggalkan pemandangan Gunung Jerai yang indah dari jeti Sungai Petani, Kedah menggunakan bot Battuta 3. Bot ini dikemudi oleh tekong Nasir bersama seorang awak-awak yang turut merangkap tukang masak, Abang Mail. Setahun juga kami menunggu giliran untuk mendapatkan slot dengan bot Batutta 3 ini kerana sentiasa penuh ditempah kumpulan pemancing-pemancing lain. Tekong menyarankan kami……














