fbpx
Anggota Rela memantau pergerakan kenderaan yang menggunakan laluan sementara di kawasan Projek LTU dekat Taman Wangi, Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

Anggota Rela ‘berkampung’ halang lori, treler masuk laluan LTU Gua Musang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditempatkan selama 24 jam di laluan jalan sementara Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Taman Wangi di sini bagi memantau pergerakan lori selepas kejadian palang had ketinggian tumbang dirempuh kenderaan berat, semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, langkah itu diambil bagi memastikan lori atau treler tidak menggunakan laluan berkenaan yang hanya dikhaskan untuk kenderaan ringan.

“Tindakan jangka pendek itu dilakukan sehingga palang penghadang yang berfungsi menghalang kenderaan berat memasuki jalan sementara itu dipasang semula. Anggota Rela akan menahan dan mengarahkan lori agar berpatah balik menggunakan laluan alternatif yang lebih sesuai,” katanya.

Kerja-kerja membaik pulih palang penghadang yang tumbang akibat dirempuh sebuah lori itu dijalankan pada 28 Mac depan

Kosmo! semalam melaporkan gara-gara tidak memberi perhatian semasa memandu, sebuah lori merempuh palang penghadang yang dipasang bagi mengelak kemasukan kenderaan berat di laluan sementara Projek LTU dekat Taman Wangi di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI