DUNGUN – Sambutan Aidilfitri Suraya Ahmad tidak lagi pernah lengkap sejak kehilangan anak ketiganya, Sharlinie Mohd. Nashar yang dipercayai diculik individu tidak dikenali di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor 18 tahun lalu. Ibu tunggal anak empat itu berkata, hatinya makin sayu merindukan Sharlinie atau dipanggil Nini setiap kali mendengar takbir raya berkumandang. “Biarlah orang lain nak kata dan anggap Nini sudah tiada (meninggal dunia), selagi tiada bukti saya tetap yakin anak saya itu masih hidup, namun dipelihara orang lain. “Harapan…














