fbpx
Sina mengangkat setiap 10 lelaki dan membaling mereka dalam masa vuma 37.44 saat. - Guinness World Records

Wanita angkat, lontar 10 lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERLIN – Seorang wanita dari India menempa nama dalam Guinness World Records selepas mengangkat dan melontar seramai 10 lelaki dalam masa cuma 37.44 saat, lapor stesen penyiaran NDTV. 

Sina Ruppenthal mencatatkan rekod dunia masa paling pantas untuk mengangkat dan membaling 10 lelaki. 

Sina melakukan percubaan itu dalam rancangan televisyen, Die große Show der Weltrekorde di Munich, Jerman pada 25 Ogos 2025. 

Pencapaian itu tidak hadir mudah apabila dia perlu mengangkat setiap peserta dan membaling mereka daripada bahunya dengan pantas.

Pengadil Guinness World Records berkata, setiap lelaki perlu diangkat dengan selamat dan dibaling menggunakan pergerakan terkawal bagi memastikan ia memenuhi piawaian keselamatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI