fbpx
LIVERPOOL perlu mengembalikan kepercayaan peminat dengan meraih kemenangan ke atas Galatasaray dan mara ke suku akhir UCL. - AFP

UCL: Liverpool sedia cipta kebangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Prestasi semasa tidak pernah menggugat reputasi Liverpool yang kini masih lagi dilabel sebagai pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Walaupun tewas 0-1 kepada Galatasaray pada perlawanan pertama, The Reds dianggap mampu menterbalikan keputusan itu pada perhitungan kedua pusingan 16 di Anfield, awal pagi esok.

Ketika pasukan berdepan masalah pertahanan yang tidak mampu mengekalkan aksi tanpa bolos dalam lima perlawanan terakhir, pengurus pasukan, Arne Slot lebih selesa untuk memberi fokus dalam menambah baik semua posisi.

“Saya cukup jelas apa yang kami kurang ketika itu (perlawanan pertama), nanum adakalanya sebagai pengurus, adalah lebih baik saya pendam dan hanya beritahu kepada pemain, bukannya kepada media. Jika beritahu (kepada umum) ia tidak membantu pasukan.

“Perkara paling utama adalah kami perlu terus pamerkan peningkatan dalam setiap perawanan khususnya ketika menentang Galatasaray. Kami kini memiliki peluang untuk kalahkan mereka,” katanya.

Bagaimanapun, musim ini Liverpool seakan tidak terlalu kebal di Anfield apabila hanya mampu menang dua kali, tewas dan seri sekali dalam empat perlawanan di depan penyokong sendiri.

Walaupun berjaya merekodkan beberapa keputusan luar biasa dengan menewaskan kelab besar, pencapaian Galatasaray di gelanggang lawan tidak begitu bagus dan aspek ini pastinya beri harapan kepada Slot untuk memburu kemenangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN