fbpx
Pameran solo bertajuk 'The Afterlife of Ordinary Things' akan diadakan di Galeri Sasha, Kuala Lumpur bermula 4 April 2026

Pameran solo Alya Hatta di Galeri Sasha bermula 4 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Galeri Sasha di ibu negara mempersembahkan pameran solo bertajuk ‘The Afterlife of Ordinary Things’ oleh artis interdisiplin muda, Alya Hatta bermula 4 April hingga 3 Mei 2026.

Pameran tersebut mengetengahkan pendekatan seni berasaskan pemerhatian terhadap perubahan imej dan permukaan yang berlaku hasil pengalaman harian Alya berulang-alik antara London dan Kuala Lumpur.

Galeri Sasha dalam satu kenyataan berkata, karya Alya diinspirasikan daripada dinding bandar yang dianggap sebagai ‘ruang hidup’ yang merekodkan kehadiran manusia melalui lapisan poster, grafiti dan kesan cuaca.

“Bagi Alya, dinding kota bukan objek statik, sebaliknya karya berasaskan masa yang menyimpan rekod kolektif dan anonim tentang kehadiran manusia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Menurut Galeri Sasha, Alya menggunakan lukisan berbentuk skrol panjang yang berfungsi sebagai diari visual, mengandungi catatan, lakaran dan pemerhatian harian sebelum diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan.

Kata Galeri Shasha, pameran itu turut memaparkan siri karya yang berpunca daripada satu momen iaitu majlis barbeku keluarga di Malaysia pada Disember 2025, yang dirakam melalui gambar-gambar spontan dan penuh makna.

“Imej-imej tersebut tidak diterjemahkan secara langsung, sebaliknya diolah semula melalui potongan, kolaj dan catan bagi memberi ‘kehidupan baharu’ kepada detik harian,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, pendekatan tersebut membolehkan momen biasa terus ‘hidup’ dalam bentuk berlapis yang merentasi masa lalu, kini dan masa depan.

Orang ramai dijemput menghadiri majlis pembukaan pada 4 April ini dari pukul 5 hingga 8 malam, manakala galeri dibuka setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 12 tengah hari hingga 7 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI