fbpx
Keadaan palang yang tumbang selepas dirempuh sebuah lori di laluan sementara Projek LTU dekat Taman Wangi, Gua Musang hari ini. FOTO IHSAN POLIS

Palang penghadang LTU Gua Musang tumbang dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Gara-gara tidak memberi perhatian semasa memandu, sebuah lori merempuh palang penghadang yang dipasang bagi mengelak kemasukan kenderaan berat di laluan sementara Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Taman Wangi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, palang tersebut tumbang dilanggar sebuah lori membawa muatan pendingin hawa yang dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, lori tersebut sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kota Bharu.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu merempuh tiang halangan kenderaan berat sekali gus menyebabkan struktur berkenaan patah.

“Kemalangan tersebut hanya melibatkan kerosakan dan tidak membabitkan sebarang kecederaan.

“Hasil siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada pemandu lori yang tidak memberi perhatian sepenuhnya ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan itu melanggar struktur berkenaan,” katanya.

Choon Foo berkata, pemandu lori itu disaman kerana ingkar peraturan jalan raya dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI