fbpx
Mohd. Hanizam memeriksa lori itu di Jalan Klang-Banting, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Padah pandu lori ubah suai tangki diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Tindakan seorang pemuda memandu lori yang diubah suai bagi mengisi minyak diesel memakan diri apabila ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu di Jalan Klang-Banting, Telok Panglima Garang di sini, malam tadi.

Perkara itu dikesan kira-kira pukul 9 malam dalam sekatan jalan raya Op Pantu dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Lori dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an itu dipercayai menggunakan sambungan pam khas daripada tangki utama kepada sebuah tangki tambahan bersaiz besar.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDN, Mohd. Hanizam Kechek berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan perdagangan tersebut telah diubah suai tanpa kelulusan pihak berkuasa.

Menurutnya, lori itu dikesan mempunyai tangki jenis Intermediate Bulk Container (IBC) yang dipercayai digunakan untuk menyedut diesel daripada tangki asal kenderaan.

“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dilakukan, tangki berkenaan didapati kosong dan tiada minyak bersubsidi ditemui.

“Kes diserahkan kepada JPJ untuk tindakan lanjut atas kesalahan mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran,” katanya ketika ditemui pada operasi berhampiran Stesen Penguatkuasa JPJ di sini.

Tambah beliau, operasi selama tiga jam itu memfokuskan pemeriksaan kenderaan membawa bahan mudah terbakar seperti petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) bagi mengelakkan ketirisan bahan api bersubsidi susulan konflik Asia Barat dan harga bahan api negara juga murah berbanding negara lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI