RIO DE JENAIRO – Ketua Jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti mendedahkan alasan beliau membuat keputusan untuk tidak menyenaraikan bintang sensasi negara itu, Neymar daripada skuad ke Piala Dunia 2026.
Menurut Ancelotti, Neymar tidak berada dalam kondisi 100 peratus cergas menyebabkan beliau terpaksa menyisihkan pemain Santos itu daripada dua aksi persahabatan terakhir pasukan tersebut.
Neymar gagal menyarung jersi pasukan kebangsaan sejak Oktober 2023 ekoran berdepan kecederaan lutut yang serius, namun beraksi dalam empat perlawanan bersama Santos sejak pertengahan Februari.
Brazil bakal mengadakan aksi persahabatan menentang Perancis di Boston pada 27 Mac ini dan empat hari kemudian bertemu Croatia di Orlando empat hari kemudian.
“Saya tidak memanggilnya sebelum ini kerana tahap kecergasannya masih belum 100 peratus. Tetapi, untuk skuad terakhir ke Piala Dunia adalah perkara yang berbeza,” kata Ancelotti.
Ancelotti juga terpaksa menyisihkan dua lagi pemain, Rodrygo dan Bruno Guimaraes ekoran kecederaan menyebabkan beliau memilih memanggil bintang pinjaman Lyon, Endrick yang sudah memiliki 14 kap antarabangsa sejak setahun lalu.
Selain itu., dua lagi pemain dari Liga Perdana Inggeris, Igor Thiago yang beraksi bersama Brentford dan pemain muda Bournemouth, Rayan turut mendapat tempat dalam skuad Brazil kali ini. – AGENSI














