fbpx
TOPRAK perlu bekerja keras menyesuaikan diri dengan karakter M1 berbanding mengubahnya menjadi jentera Superbike. - AFP

MotoGP: Toprak harus terima hakikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Juara dunia WorldSBK, Toprak Razgatlioglu akhirnya menerima hakikat bahawa jentera MotoGP tidak boleh ditunggang seperti jentera Superbike dalam usaha menyesuaikan diri bersama pasukan Yamaha musim ini.

Pengarah Urusan Yamaha Racing, Paolo Pavesio mendedahkan, pelumba Turkiye itu sebelum ini cuba mengubah karakter jentera M1 agar lebih menyerupai jentera Superbike ketika ujian pramusim.

Namun, pendekatan itu ternyata tidak membantunya, malah Razgatlioglu turut bergelut dengan kelajuan di selekoh serta masalah ‘wheelspin’, selain isu teknikal termasuk keperluan menanggalkan aero belakang bagi mematuhi peraturan ketinggian.

“Toprak (Razgatlioglu) melakukan tugas yang sangat baik. Semasa musim sejuk, dia cuba ‘menukar’ MotoGP menjadi Superbike untuk merasa selesa. Namun, dia akhirnya faham bahawa jentera MotoGP adalah tetap MotoGP dan ada perkara yang tidak boleh dikompromi,” kata Pavesio.

Pada Grand Prix Thailand, Toprak menamatkan perlumbaan di tempat ke-17, namun menunjukkan perkembangan positif apabila mampu menyaingi rentak pelumba Yamaha lain seperti Fabio Quartararo dan Alex Rins pada pertengahan perlumbaan.

Malah, dia turut mengatasi rakan sepasukan Pramac, Jack Miller sekali gus memberi petanda awal peningkatan prestasi.

Menurut Pavesio, Yamaha tetap memberi ruang kepada Toprak untuk mencuba pendekatan sendiri sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran selepas bertahun-tahun cemerlang di pentas Superbike. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN