fbpx
Fahrin mengagihkan beg berisi minuman Nescafe kepada pengunjung sempena Program Jom Berbuka Puasa Sama-sama Tikar Berkat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kisah rakyat inspirasi Suara Sunyi di Subuh NESCAFÉ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – NESCAFÉ terus menghidupkan semangat rakyat Malaysia untuk kekal kental melalui siri TikTok terbaharu, Suara Sunyi di Subuh, kesinambungan kempen aspirasi ‘Ngopi Dulu & Kekal Kental Bersama’ yang diperkenalkan pada penghujung 2025.

Kempen ini diilhamkan bagi meraikan dan mengiktiraf kisah kehidupan harian rakyat Malaysia sebagai tanda penghormatan terhadap ketabahan dan kekuatan mereka dalam menghadapi cabaran hidup.

Menurut NESCAFÉ, pemilihan siri drama pendek Suara Sunyi di Subuh sebagai medium pe­nyampaian mesej kempen adalah kerana mampu menggambarkan kekuatan melalui kisah emosional yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

Menerusi pendekatan tersebut, jenama kopi itu mahu menegaskan bahawa mesej ‘Ngopi Dulu dan Kekal Kental Bersama’ sebenarnya menggambarkan ketabahan harian rakyat Malaysia, dengan NESCAFÉ dilihat sebagai teman sejati yang sentiasa ada dalam setiap perjalanan hidup.

NESCAFÉ menambah, platform TikTok dipilih kerana ia merupakan medium paling re­levan untuk menjangkau gene­rasi muda dengan cara ringkas, autentik serta mudah difahami.

Black Hanifah turut terlibat sebagai penyanyi lagu tema Kental Bersama yang memaparkan kisah perjuangan rakyat Malaysia mengejar impian demi keluarga dan komuniti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, jenama NESCAFÉ bukan sekadar kopi, namun menjadi teman setia rakyat Malaysia melalui suka dan duka kehidupan.
“Nilai yang terkandung dalam inisiatif ini mengiktiraf semangat juang rakyat yang tidak pernah pudar. Kami mengajak semua untuk bersama-sama melalui perjalanan ini dengan kekuatan, perpaduan dan harapan,” katanya.

Siri TikTok Suara Sunyi di Su­buh memaparkan empat watak berbeza iaitu Black, Shahril, Linda dan Adam yang mana setiap daripada mereka mempunyai ujian serta cabaran kehidupan masing-masing dilakonkan oleh Imran Aqil, Hanna Halim, Fahrin Ahmad serta Danish Iskandar.

Semasa sesi Meet & Greet di Dataran Merdeka baru-baru ini, para pelakon berkongsi pengalaman penggambaran siri ini yang berlangsung 63 episod dan setiap watak mempunyai jalan cerita dan pengorbanan masing-masing.

Tonton siri TikTok Suara Sunyi di Subuh di akaun @terpa­lingcerita hari ini dan saksikan sendiri kisah ketabahan rakyat Malaysia yang penuh inspirasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN