fbpx
Larijani di Beirut, Lubnan pada 13 Ogos 2025. - AFP

Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEL AVIV – Israel mengumumkan bahawa Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor portal berita Arab News semalam. 

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menggelar Larijani sebagai pemimpin ‘kumpulan samseng’ yang memerintah negara Republik Islam itu. 

Kematian Larijani menjadi tamparan hebat kepada Iran kerana ia berlaku beberapa minggu selepas Ayatollah Ali Khamenei meninggal dunia akibat serangan AS-Israel pada 28 Februari lalu. 

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz menyatakan, Larijani telah dibunuh malam tadi, namun ia belum disahkan secara rasmi. 

“Pagi ini kami telah membunuh Ali Larijani, Ketua Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang merupakan kumpulan samseng yang sebenarnya memerintah Iran,” kata Netanyahu dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

Seorang wartawan AFP melaporkan bunyi letupan kedengaran di Tehran ketika serangan Israel semakin memuncak dan menggegarkan negara-negara di seluruh Asia Barat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI