fbpx
Gambar hiasan.

Kerja KL, tapi boleh bayar zakat di kampung jika balik beraya – UAI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Timbul kekeliruan dalam kalangan pengguna di media sosial berkenaan isu zakat fitrah iaitu tempat yang sepatutnya dibayar zakat tersebut.

Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, zakat fitrah boleh dibayar mengikut tempat kita berada pada waktu wajib.

Menurutnya, waktu wajib itu adalah malam sebelum 1 Syawal.

“Walaupun kita kerja Kuala Lumpur.(KL), tapi pada waktu wajib (malam sebelum hari raya) ada di Kelantan, maka boleh kita bayar di Kelantan.

“Yang tak boleh, kita kirim zakat itu bayar di negeri asal. Contoh, kita asal orang Terengganu tapi duduk KL dan tidak balik beraya di Terengganu.

“Tapi kita kirim (bayar) zakat melalui online ke Terengganu. Itu tidak boleh, perbuatan pindah zakat adalah haram,”katanya dalam satu sesi kuliah baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Azhar berkata, hanya zakat fitrah sahaja diberikan ‘kelonggaran’ untuk dipindahkan pembayarannya.

“Zakat fitrah sahaja yang boleh kita bayar di tempat asal kita (itupun kalau kita balik beraya di kampung). Zakat lain tak boleh (pindah tempat bayar),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI