fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai beratur di hadapan dan dalam salon. - TikTok

Kemaruk rambut lurus, salun sesak menjelang raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan keadaan di hadapan sebuah salun di Indonesia sesak dengan sekumpulan wanita yang ingin meluruskan rambut sempena Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di salon Andre & Bro di Surabaya, wilayah Jawa Timur, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @salon_andre_bro_surabaya menunjukkan orang ramai terutamanya wanita, beratur dari dalam hingga ke luar premis. 

Perakam menyatakan, salon miliknya dipenuhi pelanggan, meskipun sudah pukul 11.30 malam (waktu tempatan). 

Ada antara mereka sanggup duduk di atas motosikal sambil menunggu giliran masing-masing. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.8 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Ramai macam itu mesti murah!” kata seorang netizen. 

“Macam mana mereka boleh bertahan? Saya tengok sahaja sudah penat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN