fbpx
USS Tripoli (LHA-7) dirakam semasa singgah di pelabuhan di Manila, Filipina pada 27 September 2022. - AFP

Kapal perang Amerika hampiri Selat Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS)  menghampiri Selat Melaka di perairan Singapura ketika dalam perjalanan  ke Asia Barat, demikian menurut data penjejakan maritim semalam seperti laporan saluran berita CNN.

Kapal serangan amfibia, USS Tripoli menghampiri Singapura, di hujung barat daya Laut China Selatan pagi semalam, demikian menurut data penjejakan AIS yang dilihat oleh CNN.

Kapal Tentera Laut AS itu sering bergerak dengan transponder AIS dimatikan. Namun, mendedahkan kedudukannya semasa transit di kawasan trafik maritim yang sibuk seperti perairan sekitar Singapura, membolehkan operasi yang lebih selamat.

Akhbar The Wall Street Journal sebelum ini melaporkan, anggota marin tambahan akan dibawa USS Tripoli ke Asia Barat. 

Mereka berasal daripada Unit Ekspedisi Marin ke-31 (MEU)  berpangkalan di Okinawa, Jepun dan merupakan pasukan tindakan pantas terdiri daripada 2,200 askar, kata tiga pegawai yang biasa dengan rancangan tersebut.

Markas Perintah AS (CENTCOM) mengatakan, kira-kira 50,000 askarnya telah berada di Asia Barat sebagai sebahagian daripada perang dengan Iran.

CNN cuba mendapatkan komen daripada Armada ke-7 dan Armada ke-5 Tentera Laut AS. 

Beberapa pegawai memberitahu bahawa unit itu dihantar ke Asia Barat, tanpa mendedahkan dengan tepat di mana ia dikerahkan atau untuk apa ia akan digunakan.

Berpangkalan di Sasebo, Jepun, USS Tripoli yang memiliki panjang hampir 260 meter dan sesaran 45,000 tan, pada awalnya  adalah kapal pengangkut pesawat kecil. 

Ia membawa jet pejuang halimunan F-35 dan pengangkut MV-22 Osprey serta vesel pendaratan untuk memindahkan tentera ke darat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN